22 - 28 DISEMBER 2012

Topik minggu ini adalah berkaitan dengan :-

1. Strategi keusahawanan
2. Pembiayaan perniagaan
3. Pemasaran keusahawanan


Kami mempelajari cara-cara mecari alternatif bagi meningkatkan wang untuk perusahaan yang baru iaitu dengan
- pinjaman peribadi (meminjam dari keluarga serta kawan-kawan)
- modal ekuiti
- pinjaman bank
- sumber kreatif

Untuk lebih memahami topik yang dipelajari hari ini, kami ada melakukan aktiviti "Elevator Speech". Ianya melibatkan bagaimana cara kami berintreraksi dengan seorang ahli perniagaan (Business Angel) bagi meminta dana daripada mereka dengan hanya berbekalkan 45 saat ke 2 minit sahaja. Dengan masa yang diperuntukkan, kami perlu meyakinkan ahli perniagaan tersebut dengan produk yang kami ingin bangunkan. Kebanyakan kumpulan yang melakonkan adegan ini kelihatan sedikit tergesa-gesa mengenangkan masa yang diberi sangat terhad.